| MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA SMS
HARGA: $6.00
Berat: 0.365kg
ISBN: 978-99917-67-87-1
| Short Message Services (SMS) merupakan perkhidmatan telefon bimbit untuk menghantar atau menerima maklumat berbentuk teks secara ringkas. Terdapat pelbagai ragam Bahasa yang digunakan oleh pengguna SMS. Buku ini akan menyingkap sejauh mana Bahasa SMS mematuhi peraturan tatabahasa Bahasa Melayu. Kesan dan akibat daripada menggunakan bahasa rojak dan penyingkatan yang semakin berleluasa dalam penteksan bahasa SMS juga dibincangkan dalam buku ini. Kajian mengenal pasti, sama ada ayat dalam bahasa SMS menepati tahap ayat atau frasa.
|
| REFLEKSI DAN INOVASI
HARGA: $5.00
Berat: 0.270kg
ISBN: 978-99917-68-28-1
| Refleksi dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan kajian kualitatif yang menyoroti dan memahami proses perancangan, pelaksanaan, dan refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kesusasteraan Melayu di bilik darjah. Buku ini juga memapar dan membincangkan dapatan kajian amalan terbaik guru peserta kajian yang terpilih secara persampelan bertujuan.
|
| MUSLIM BURMAT DAN HISTORISME BARU
HARGA: 6.00
Berat: 0.420kg
ISBN: 978-99917-68-22-9
| Kajian Historisme Baru bertujuan mentafsir semula sejarah bangsanya dan membuka jalan kepada kehidupan baru bagi sejarah yang sudah sekian lama dipalsukan oleh sebahagian sarjana orientalis dengan membuka ruang fleksibiliti makna agar dapatan sejarah itu bernafas dalam dunia masa kini dan dapat pula melanjutkan wacana peradaban sesuatu bangsa. Penulis mengaitkan kajian tersebut dalam novel Muslim Burmat, iaitu Terbenamnya Matahari dan Makna Sebenar Sebuah Ladang.
|
| SEMIOTIK DALAM SAJAK-SAJAK K.MANIS
HARGA: $4.00
Berat: 0.270kg
ISBN: 978-99917-67-84-0
| Menghuraikan hasil kajian mengenai lambang-lambang yang terdapat dalam sajak-sajak K. Manis, iaitu Jalan-jalan Berjalan-jalan (1998), Wajah (2007), Dalam Suara (2009), dan Diam Diam Diam Diam (2010). Dengan menggunakan Teori Semiotik Charles Sander Peirce, kajian ini memfokuskan kepada tiga jenis perlambangan, iaitu lambang kemanusiaan atau kemasyarakatan, lambang agama dan lambang alam. Ada tiga tanda penting dalam semiotic, iaitu indeks, symbol dan ikon. Terdapat mesej, nasihat dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh K. Manis melalui karyanya, iaitu tentang masyarakat dan gelagat manusia, dan keindahan alam semula jadi yang menimbulkan kesan mendalam sehingga mempengaruhi pemikiran dan kreativiti penyair dan sekali gus mendorong beliau menghasilkan karyanya.
|
| SYAIR RAKIS: PERSOALAN MORAL DARI CATATAN SEJARAH
HARGA: $6.00
Berat: 0.300kg
ISBN: 978-99917-67-26-0
| Syair telah lama berkembang di Brunei Darussalam dan salah satu bukti syair yang masih menjadi kurapak sehingga ke hari ini ialah karya Syair Rakis yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh. Walaupun Syair Rakis banyak dikaji oleh pengkaji dan peminat sastera Melayu Brunei, tetapi penulis buku Syair Rakis: Persoalan Moral dari Catatan Sejarah ini hanya memfokuskan aspek moral secara terperinci dan panjang lebar, umpamanya mengetengahkan konsep-konsep moral seperti konsep keberanian dan ketaatan, permuafakatan, budi bicara, kejujuran, keturunan, kepimpinan, persaudaraan dan kerjasama, dan konsep setia kawan dengan mengaitkan persoalan moral itu daripada catatan sejarah. Penulis juga menyentuh aspek politik, sosial dan agama dengan menghubungkannya dengan cara hidup sosial masyarakat Brunei pada ketika itu.
|
| ADAT RESAM TUJUH ETNIK
HARGA: $4.00
Berat: 0.255kg
ISBN: 978-99917-68-12-0
| Setiap etnik di negara ini mempunyai budaya, keperca-yaan dan dialek yang tersen-diri. Setiap perbezaan inilah menjadi ciri-ciri yang kemu-diannya membentuk identiti tersendiri. Buku Adat Resam Tujuh Etnik mengupas perbe-zaan budaya dan dilihat bukan sahaja sebagai justifikasi masyarakat tentang adat resam, malah memberikan kefahaman kepada ma-syarakat mengenai keunikan upacara atau majlis sesuatu puak. Adat Pepat Jambul misalnya, terda-pat pada puak Melayu Brunei, puak Tutong, puak Kedayan, dan puak Belait. Walau bagaimanapun cara perlaksanaan bagi setiap etnik adalah berbeza. Dengan terbitnya buku ini nanti, pasti akan men-jadi wadah kepada generasi muda kerana di antara adat resam sebegini masih dipraktikkan dalam ke-hidupan moden secara berterusan sebagai warisan dan ada yang diluputkan hanya sekadar ristaan kerana bercanggah dengan agama. Adat resam ini mampu memperlihatkan keunikan identiti tujuh et-nik yang terdapat di negara ini.
|
| CALAK BANGSA
HARGA: $5.00
Berat: 0.215kg
ISBN: 978-99917-68-29-8
| Membincangkan pembentukan calak bangsa dan pemupukan nilai-nilai Islam yang memberi kesan dalam perkembangan globalisasi dan pembudayaan. Buku ini juga menyingkap pelbagai isu yang relevan dengan kemajuan dalam kon-teks pembudayaan bangsa. Per-bincangan yang dikemukakan dalam buku ini bertujuan supaya pembaca dapat merenung sejauh mana penglibatan sastera sebagai wadah untuk menyumbang usaha memperkukuh dan melestari-kan ketahanan nasional serta berperanan dalam menanamkan nilai-nilai Melayu Islam Beraja.
|
| DAFTAR ABREVIASI
HARGA: $4.00
Berat: 0.295kg
ISBN: 978-99917-68-03-8
| Daftar Abreviasi ini menge-tengahkan makna singkatan beberapa bahagian daripada kata atau frasa bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, dan bahasa lainnya. Daftar Abreviasi ini menyedia-kan huraian lebih daripada 3,000 entri yang disusun se-cara abjad. Entri daftar ini bersumberkan bahasa Melayu, bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, dan bahasa lainnya. Korpus entri diperoleh daripada pelbagai sumber, seperti Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Pelita Brunei, Borneo Bulletin, akhbar dari luar negara, dan korpus maya (laman sesawang).
|
| AL-MUNAFFIS DESA IMPIAN
HARGA: $5.00
Berat: 0.305kg
ISBN: 978-99917-67-80-2
| Cabaran, rintihan dan dugaan sering dihadapi oleh Matidin, Ketua Kampung Desa Impian dalam usahanya untuk mema-jukan kampung-kampung di bawah pimpinannya. Walau begitu, sukar baginya untuk mewujudkan permuafakatan antara orang-orang kampung, namun dia dapat menyesuaikan diri dan beker-jasama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Per-undingan Kampung bagi menyenangkan semua pihak. Ini juga menjadi satu bebanan yang paling berat yang harus dipikul, sehingga Matidin hi- lang sabar dan berputus asa memikul tanggung-jawab sebagai Ketua Kampung. Inilah cebisan persoalan dalam novel ini. Adakah Matidin mampu memegang amanahnya sebagai Ketua Kampung? Berjayakah Matidin menyenangkan rasa dan ke-hendak anak-anak buah kampungnya?
|
| DARAH KEDAYAN
HARGA: $2.50
Berat: 0.145kg
ISBN: 978-99917-67-36-9
| Mengisahkan kehidupan ma-syarakat Kedayan di sesebuah kampung yang 'bebasah beka-ring' menuai padi untuk men-dapatkan rezeki yang halal. Haji Salleh merupakan ketua yang digeruni dalam kam- pung itu. Beliau bukan sahaja amanah, rajin tetapi juga se-orang yang berani atas jalan yang benar. Anak beliau, Abdul Kadir merupakan tangan kanannya. Pada suatu malam, ketika Abdul Kadir memata-matai kawasan tanamannya, dia merasakan ada perkara aneh di Durung Padi. Misteri ini menjadi igauan dan sifat ingin tahu Abdul Kadir telah menguatkan azamnya untuk menyelidik misteri itu secara sembunyi-sembunyi. Hampir setiap ma-lam Abdul Kadir menjenguk Durung Padi tetapi tiada petanda buruk didapatinya. Apakah sebe-narnya yang terjadi? Ikuti kisah selanjutnya yang mengajak kita untuk berfikir dan mengapresiasi kekentalan dan kegagahan pemuda Kedayan.
|
| DEBU-DEBU SEBUAH KEHIDUPAN
HARGA: $6.00
Berat: 0.280kg
ISBN: 978-99917-67-90-1
| Perutusan yang disampaikan dalam novel ini merupakan perkara yang lumrah berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini. Melalui perutusannya, mudah-mudahan akan dapat membuka minda pembacanya. Banyak perkara kecil yang terdapat dalam kehidupan kita yang dikemukakan dalam novel ini, sebab itu pe-nulis memilih tajuk Debu-debu Sebuah Kehidupan.
|
| KUMPULAN PUISI: GURINDAM 32
HARGA: $5.00
Berat: 0.175kg
ISBN: 978-99917-67-71-0
| Kumpulan Puisi: Gurindam 32, sebuah karya Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar yang menampilkan 32 tajuk gurindam untuk tatapan pembaca. Semua tajuk gurin-dam yang diketengahkan hasil daripada pengamatan penulis terhadap alam dan masyara-kat. Kemanusiaan, kemasyarakatan, kenegaraan, kebudayaan, dan pendidikan antara tema yang digarap oleh penulis. Walau bagaimanapun, tema yang bermoralkan pendidikan dan nasihat men-dominasi secara keseluruhan dan ditransmisikan dalam bentuk hiburan. Pengurindam sengaja menyelitkan unsur pengajaran dalam setiap bait gurindam yang dinukilkan, agar pembaca dapat menyelusuri makna di sebalik ungkapan. Gurin-dam akhirnya berupaya menjadi alat untuk memotivasi dan memuhasabahkan diri serta mempertahankan kedaulatan bangsa, negara, adat istiadat serta agama sesuai dengan konsep Melayu Islam Beraja.
|
| KURNIA HAYAT II
HARGA: $4.00
Berat: 0.130kg
ISBN: 978-99917-67-42-0
| Puisi merupakan apresiasi ke-kreatifan penyair dalam per-nyataan daripada kesan untuk memenuhi tuntutan semasa yang telah mewarnai ekspresi perasaan penyair melalui pel-bagai tema, nada dan suasana, perasaan serta amanat puisi. Buku ini mengongsikan puisi-puisi yang menitikberatkan pada pembahasan tentang duniawi dan ukhrawi yang menjangkau pada pemikiran penyair untuk direnungkan bersama.
|
| KUMPULAN PUISI: JALUR PERJALANAN SEPOI NUSANTARA
HARGA: $5.00
Berat: 0.185kg
ISBN: 978-99917-67-83-3
| Buku ini mengetengahkan puisi-puisi yang memberi mesej tentang kehidupan, kerana ia merupakan suatu dimensi perjalanan yang dilalui oleh setiap manusia ciptaan Allah Subhanahu wa Taala dan diwarnai pelbagai rencah dan wahana kehidupan. Kehidupan itulah yang sebenarnya memberi makna hakiki seiring masa mengejar diri, begitulah juga ia ber-lalu pergi. Memori atau kenangan yang terpatri menjadi satu ristaan serta iktibar kepada diri sendiri.
|
| MAHKOTA YANG BERDARAH
HARGA: $4.00
Berat: 0.125kg
ISBN: 978-99917-67-96-3
| Kisah perlawanan sabung ayam di antara ayam kepunyaan Pe-ngiran Muda Alam dengan ayam kepunyaan Pengiran Bendahara. Kemenangan yang di-raih oleh Pengiran Bendahara menggugat kesabaran Pengiran Muda Alam sehingga men-cetuskan pertempuran darah, sekali gus meragut nyawa Pengiran Bendahara. Kematian Pengiran Bendahara mengundang api kemarahan Pengiran Bendahara Abdul Mubin, lalu mengarahkan 40 orang pengiring untuk bersama-sama menuntut keadilan. Apakah yang berlaku terhadap negeri Brunei dengan peperangan saudara ini? Ikuti kisah selanjutnya dengan memahami dan menghayati keseluruhan cerita.
|
| MISYAR
HARGA: $7.00
Berat: 0.325kg
ISBN: 978-99917-68-26-7
| Pernikahan Misyar bukan sahaja sekadar menguji cinta tetapi juga rumah tangga. Mengutarakan pola fikir pertentangan perspektif wanita mengenai cinta dari dua sudut yang berbeza, pastinya novel ini mampu menggamit emosi pembaca apalagi ceritanya di-adun dengan latar yang mesra dengan masyarakat dini. Mampukah ikrar cinta yang dipersetujui dan terputus di tengah jalan diakhiri dengan pernikahan atau berjayakah rumah tangga ber-tahan apabila dipertemukan kembali dengan cinta pertama. Apakah penamat cerita diakhiri dengan happy ending atau sebaliknya? Ikutilah bait-bait cinta yang agung lewat karya Misyar, nukilan penulis wanita yang cukup dikenali di Negara Brunei Darussalam.
|
| SANG JUARA APA JUARANYA
HARGA: $8.00
Berat: 0.290kg
ISBN: 978-99917-68-00-7
| Cinta dan kasih sayang selalu diperjuangkan oleh para nabi dan rasul agar tertanam subur dalam jiwa orang-orang mukmin. Bila sudah bersentuhan dengannya, perasaan orang-orang yang beriman pun boleh bergetar dibuatnya. Khairunisa dan Marcia Laurel dalam Sang Juara Apa Juaranya awalnya berpa-pasan di Teluk Rumbai menghadapi ujian hidup melalui sembang-sembang laman sosial di maya siber. Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Allah. Mampukah mereka berhadapan dengan kesan daripada ujian-Nya? Apakah sang juara akan berpegang teguh kepada akidah, syariat dan akhlak yang merupakan akar jati diri, kompas hidup dan senjata diri?
|
| PENGAWAL KUALA
HARGA: $14.00
Berat: 0.790kg
ISBN: 978-99917-68-25-0
| Novel yang berkisarkan sejarah yang menceritakan keadaan sebuah masyarakat di Ramba (mungkin sahaja di Baram dalam wilayah Sarawak) yang di bawah pentadbiran Brunei pada awal Abad Ke-19. Penulis berusaha menggambarkan ke-sibukan perairan Ramba dengan kapal-kapal belayar yang singgah di kuala, tidak kurang juga beberapa masalah dihadapi oleh penguasa yang mengawal kuala dan sepanjang Sungai Ramba.
|
| MANIS
HARGA: $6.00
Berat: 0.170kg
ISBN: 978-99917-67-88-8
| Dhia Sarafana merupakan seorang mahasiswi universiti tahun akhir yang sedang berusaha melengkapkan perjuangan di arena latihan mengajar selama tiga bulan. Sungguh harapan dan impian setinggi bintang di langit, namun realiti kehidupan, la-ngit tidak selalunya indah. Apa yang dirancang tidak tercapai. Sungguh, perjalanan menawan puncak itu tidak mudah. Banyak cabaran yang dihadapi semasa latihan mengajar termasuk masalah pelajar yang tidak berdisiplin, pengurusan pelajar di dalam kelas yang kurang menjadi dan cara pengajaran yang tidak relevan. Sungguh, dia sangat menghormati Ixoran kerana kekentalan hati. Ikuti kisah selanjutnya dalam buku Manis ini.
|
| ABANG LIAN: KUMPULAN CERITA RAKYAT PUAK BELAIT
HARGA: $4.00
Berat: 0.220kg
ISBN: 978-99917-68-08-3
| Abang Lian: Kumpulan Cerita Rakyat Puak Belait ini mengandungi lapan buah cerita rakyat yang popular dalam kalangan masyarakat Kuala Belait. Dengan penggunaan bahasa Melayu yang mudah dan cerita yang dekat dengan masyarakat, pastinya akan dapat menarik minat adik-adik untuk terus membaca. Lapan buah cerita tersebut termasuk; 1) Bungan dan Termat, 2)Ta'ong dan Jambatan Emas, 3) Abang Lian, 4) Pantang Berburu, 5) Empat Pe-malas, 6) Berasab/Masb, 7) Grea Ngan U, Yed, dan 8) Sumpah Payau.
|
| ABI SI ULAT BULU
HARGA: $4.00
Berat: 0.060kg
ISBN: 978-99917-68-08-3
| Buku Abi Si Ulat Bulu dikategorikan buku bertahap II, iaitu buku bacaan mengguna-kan campuran perkataan suku kata terbuka (KUKU) dan ter-tutup (KUKKU) atau (KUKKU) dalam cerita mudah: 2–4 per-kataan satu baris dan 2–4 baris pada satu muka surat seperti pantun dua kerat dan puisi mudah. Cerita mengisahkan Abi, seekor ulat bulu tetap sabar meskipun diejek oleh Abu, seekor kutu. Pastinya setiap kesabaran itu akan menemui kebahagiaan di hujungnya.
|
| AKIBAT BERBOHONG
HARGA: $4.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-68-24-3
| Mengisahkan watak Zamri yang selalu berbohong. Sifat bohong pasti membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Apa yang terjadi kepada Zamri? Percayakah orang kepadanya yang selalu berbohong? Buku ini sarat dengan mesej sangat berguna untuk dijadikan tauladan dan pengajaran.
|
| AYAM SERAMA DENGAN AYAM KAMPONG
HARGA: $4.00
Berat: 0.090kg
ISBN: 978-99917-67-91-8
| Suatu hari, ayam serama mengadakan mogok tidak mahu keluar dari reban. Walaupun dipaksa oleh tuannya untuk keluar namun mereka mengelak daripada ditangkap. Keesokan harinya tuannya tiga beranak berpakat untuk melihat sendiri, mengapa ayam serama mengelak daripada keluar reban dengan cara mengintai dari atas rumah.
|
| DAYANG BUNGSU DAN NTARIGI
HARGA: $4.00
Berat: 0.135kg
ISBN: 978-99917-68-09-0
| Masyarakat Dusun mempercayai bahawa pantang larang bagi pasangan sedang bertunang hendaklah dipatuhi. Dalam majlis perkahwinan masyarakat Dusun, pengantin lelaki adalah dilarang untuk singgah di mana-mana tempat semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Begitu juga ketika dia membawa isterinya pulang ke rumah orang tuanya. Pantang larang tersebut adalah peraturan adat istiadat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Dusun suatu ketika dahulu.
|
| DUA BERADIK KEMBAR YANG BERJAYA
HARGA: $4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-67-89-5
| Hidup dalam kesusahan dan berbeza daripada kehidupan kanak-kanak lain menyebabkan dua beradik berasa cemburu terhadap kesenangan yang dimiliki oleh rakan-rakan se-baya. Mak Piah yang merupakan seorang ibu tunggal tidak mampu untuk membe-rikan kesenangan kepada anak-anak, cukup sekadar memenuhi keperluan makan seharian dan persekolahan, tetapi tetap bersyukur dengan cubaan hidup yang diberikan dan menitikberatkan pelajaran kepada anak-anaknya. Apakah ujian yang bakal dihadapinya? Akan terus berasa cemburukah anak-anaknya? Ikutilah kisah yang banyak memberi unsur pengajaran ini, dan adik-adik pastinya akan mendapat manfaat daripadanya.
|
| KISAH BURUNG KUANG KAPUT
HARGA: $4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-68-05-2
| Burung Kuang Kaput tidak mendapat pembelaan yang adil daripada semua binatang kecuali mendapat simpati dari-pada kumpulan tupai. Tindakan yang zalim itu menyebabkan pulau tempat tinggal binatang-binatang mendapat bencana, kemarau, kebuluran, penyakit dan kematian. Semua binatang menyedari akan kesilapan itu lalu memohon maaf pada burung Kuang Kaput. Setelah mendapat kemaafan dari-pada burung Kuang Kaput, suasana pulau tempat binatang tinggal itu kembali subur.
|
| PAHLAWAN HAJI SAMAN
HARGA: $4.00
Berat: 0.070kg
ISBN: 9789991767956
| Sebuah cerita epik pahlawan tempatan yang terjadi semasa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddien II (1828–1852), iaitu Pahlawan Haji Saman. Apakah bentuk pengorbanan-nya itu? Mampukah beliau memberhentikan penjajahan yang dilakukan oleh James Brooke dan sekutunya? Pastinya pengorbanan beliau demi raja, bangsa, agama, dan negara ini mampu membangkitkan sentimen semangat kebruneian kepada pembaca.
|
| SI PEMOTONG KAYU API DENGAN GELIGA SAKTI RAJA ULAR
HARGA: B$4.00
Berat: 0.090kg
ISBN: 978-99917-67-90-1
| Janji termeterai antara Si Pemotong Kayu Api dengan raja ular apabila keburukan bakal permaisurinya terbongkar. Lalu, dia diberikan Geliga Sakti sebagai tanda peng-hargaan dengan syarat dia merahsiakan perkara itu dari-pada semua orang. Dapatkah dia menjaga janjinya itu? Ingin tahu bagaimana dia merahsiakannya daripada orang tersayang? Dapatkan buku ini.
|
| ZOY TOPENG SAKTI SIRI 6
HARGA: B$4.00
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-99917-68-18-2
| Cerita komik bersiri ini merupakan komik terbitan jabatan yang popular yang mengisahkan watak Zoy de-ngan Topeng Saktinya dan mengisahkan cerita yang berkesinambungan dengan siri sebelum ini. Terbitnya komik Zoy Topeng Sakti Siri 6 ini pastinya sangat ditunggu-tunggu, ingin tahu apa-kah cerita sambungan Zoy, dapatkan buku komik ini.
|